Pages

Salam Sejahtera

Blog ini adalah hasil nukilan dari pelajar-pelajar muzik SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Blog ini mengisahkan dan membincangkan mengenai salah satu muzik tradisional iaitu nobat. Ahli-ahli kami terdiri daripada Liew Siaw Wei, Mohamad Zulhilmi Bin Mohamad Nazer, Farah Che Hamri, Mohd Ashari Bin Jahani dan Muhammad Muizz Bin Mohamad Nizam.

Powerpoint Presentation Group Nobat !!!!


Nobat

Video Rakaman Di Istana Perak

Presentation Ahli Kumpulan Nobat

Friday, September 24, 2010

Pantang Larang

PANTANG LARANG NOBAT


Sesiapa yang melanggar pantang larang Nobat dipecayai akan menerima bala atau bencana. Antara pantang larang yang masih kuat dipegang hingga kini adalah seperti:

·         Alatan muzik Nobat tidak boleh dipersendakan oleh sesiapa dan kedudukannya mestilah tetap dan tidak boleh diubah sesuka hati.
·         Semasa alat muzik Nobat dibawa turun ke Balai Besar, sesiapa pun tidak dibenarkan melintas dihadapannya.
·         Mahaguru merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati. Jika ada yang kurang tertib, mereka akan menerima balasannya.
·         Alat-alat Nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta atau temasya lain.
Orang-orang Nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.
·         Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat muzik Nobat ini.
Semasa Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat ini mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
·         Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang Nahara keana ia dipecayai diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung.
·         Kedudukan alat Nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh diubah. Nahara mestilah menghadap ke arah matahari terbit.
·         Semasa hendak menyalin kulit Nahara, pemain Nobat mestilah menggunakan kain selendang berwarna kuning.
·         Apabila alat-alat hendak diturunkan ke tempat lain seperti Balai Besar hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului oleh Semambu atau Mahaguru, Serunai, Gendang ibu, Gendang anak, Gong, dan Nafiri.
·         Semua pemain Nobat mestilah megikut keturunan dan muzik Nobat selalu diperturunkan kepada anak lelaki sahaja.
·         Apabila ayah atau pemain hendak berhenti dari bemain Nobat, dia mestilah melatih anaknya dirumah terlebih dahulu dengan menggunakan alat Nobat rekaan. Setelah anaknya mahir, dia boleh menggantikan tempat ayahnya dengan syarat ayahnya mesti menyediakan Nasi Kunyit dan dikemenyankan.
·         Kemudian si anak pelu memakan sekepal Nasi Kunyit sebelum mula bemain.
Semasa bermain Nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi berwarna hitam.


ADAB BERMAIN NOBAT
  • Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu Maghrib. Aturannya adalah pada waktu hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;
    • Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.
    • Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.
    • Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.
    • Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.
    • Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucup. 
  • Lama Nobat dipalu ialah selama 32 tiupan N afirinya. Setelah itu dipalu pula Gendang Perang sebagai penutup.
  • Pada malam Jumaat waktu Isyak, Nobat dipalu tanpa ditentukan lagu. Tetapi lagu Subuh tidak boleh dimainkan pada waktu lain kecuali pada waktu Subuh sahaja.
  • Lagu 'Ibahim Khalil' dipalu semasa Menjunjung Duli dan lagu 'Iskandar Syah' atau 'Arak-arak' dipalu sewaktu raja berangkat.
  • Lagu 'Palu-palu' ketika raja Bersiram Tabal dan dan lagu 'Seri Istana' pula semasa raja memakai pakaian kerajaan.
  • Peraturan memalu Nobat semasa raja bersiram iaitu lagu 'Perang' dimainkan waktu peralatan bersiram mula diangkat dan berhenti apabila semua peralatan selesai disusun.
  • Ketika raja diangkat ke tempat Persiraman, Nobat dibunyikan dengan lagu 'Arak-arak' kemudian lagu 'Palu-palu' semasa raja sampai. Selesai bersiram, lagu 'Arak-arak' dimaiankan sekali lagi dan kemudian disambung pula dengan 'Seri Istana' apabila baginda tiba di istana.
  • Semasa raja berangkat ke Balairung Seri untuk Istiadat Menjunjung Duli, baginda diiringi dengan lagu 'Arak-arak' semasa Istiadat Menjunjung Duli, lagu kerajaan iaitu 'Ibrahim Khalil' dimainkan. Dan lagu 'Arak-arak' dimainkan lagi ketika baginda ingin berangkat pulang ke istana. Tiba di istana paluan Nobat akan dihentikan.
  • Adab memalu Nobat yang betul adalah ahli-ahli Nobat dikehendaki memalunya dengan berdiri bersaf-saf. Peraturan ini biasanya hanya diikuti ketika memainkan dua lagu iaitu 'Ibrahim Khalil' dan 'Iskandar Syah' sahaja.
  • Semasa memainkan lagu 'Seri Istana' atau memalu sewaktu raja Bersiram Tabal, keadaan memukulnya sambil duduk bersaf-saf. Ketika memainkan lagu lain pula, ia terpulang kepada pemain-pemainnya.
  • Adab dan tertib memainkan Nobat ini dikatakan berasal dari Riau-Lingga