Pages

Salam Sejahtera

Blog ini adalah hasil nukilan dari pelajar-pelajar muzik SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Blog ini mengisahkan dan membincangkan mengenai salah satu muzik tradisional iaitu nobat. Ahli-ahli kami terdiri daripada Liew Siaw Wei, Mohamad Zulhilmi Bin Mohamad Nazer, Farah Che Hamri, Mohd Ashari Bin Jahani dan Muhammad Muizz Bin Mohamad Nizam.

Powerpoint Presentation Group Nobat !!!!


Nobat

Video Rakaman Di Istana Perak

Presentation Ahli Kumpulan Nobat

Friday, September 24, 2010

Alat-alat Muzik Nobat

SERUNAI

Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut seorang pemain Nobat, batang serunai ini diperbuat daripada batang pokok cili padi dengan tujuan untuk memerdukan lagi bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada salutan perak dan sisinya daripada suasa. Lidah serunai ini diperbuat daripada daun ‘thai’. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm. Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas batang serunai dan satu lubang kecil dibawahnya. Lubang ini akan menentukan not lagu apabila dimainkan.







GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK
 

Ukur panjang gendang ini adalah 20' bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu yang baik dan tahan lasak untuk mengeluarkan bunyi yang baik. Ia menggunakan kulit harimau di sebelah kanan dan kulit kambing di sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan dengan tangan manakala sebelah kanan pula dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali yang memudahkannya untuk digalas ke tempat-tempat permainan. Di sekeliling gendang tersebut dililit dengan rotan kertas sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain berwarna kuning.





NAFIRI
Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm. Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Ia mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua bahagian berbentuk seperti buah 'kandis'. Bahagian serombong Nafiri ini agak leper dan berbunga-bunga.








GONG
 
Alat ini diperbuat daripada tembaga merah daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat dan disalut dengan kain kuning. Gong ini digantung pada satu tempat khas dinamakan ‘cagak’. Luas pemukaan gong ini adalah kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya membonjol keluar.





MAHAGURU/SEMAMBU
 

Mahaguru atau Semambu ini adalah alat Nobat yang paling penting sekali. Ia mesti ada bersama dengan kumpulan Nobat semasa dimainkan. Mahaguru merupakan ‘cokmar’ DiRaja yang dipebuat daipada rotan Semambu. Ia bersaiz 5' X 11'. Lilitan pemukaan semambu adalah ½ inci berwarna merah. Semambu dibalut dengan kain berwarna kuning. Kain yang lama tidak akan dibuang sebaliknya akan dibalut dengan balutan kain baru di atas balutan yang telah sedia ada.

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good information. I love to learn Malay. I am from England. Thank you.

      Delete
  2. Nahara takde pon
    Tapi maklumat yg lain bagus

    ReplyDelete
  3. Aku fikir nobat ni satu jenis instrumen. Rupanya ada banyak. Terima kasih di atas rencana bergambar ini. Sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Aku ingat nobat ni lagu 🤣🤣 rupa rupanya alat muzik. Terima kasih untuk nota ni

    ReplyDelete