Pages

Salam Sejahtera

Blog ini adalah hasil nukilan dari pelajar-pelajar muzik SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Blog ini mengisahkan dan membincangkan mengenai salah satu muzik tradisional iaitu nobat. Ahli-ahli kami terdiri daripada Liew Siaw Wei, Mohamad Zulhilmi Bin Mohamad Nazer, Farah Che Hamri, Mohd Ashari Bin Jahani dan Muhammad Muizz Bin Mohamad Nizam.

Powerpoint Presentation Group Nobat !!!!


Nobat

Video Rakaman Di Istana Perak

Presentation Ahli Kumpulan Nobat

Friday, September 24, 2010

Pemain Nobat

TUGAS-TUGAS PEMAIN NOBAT

Penghulu : Penghulu merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan segala perkara yang berkitan dengan kumpulan Nobat DiRaja Negeri Kedah.

Antara tugas penghulu adalah; 
  • Mencari pengganti jika berlaku kekosongan. Contohnya akibat kematian. Pemain mesti dipilih secara satu keturunan sahaja. 
  • Penghulu kemudian bertanggungjawab untuk melatih pemain baru dan memastikannya benar-benar mahir untuk menganggotai kumpulan Nobat. 
  • Mengatur Jadual Peraturan yang perlu diikuti oleh setiap kumpulan Nobat.
  • Menjadi orang perantaraan antara pemain Nobat dengan Pihak Atasan. Contohnya dengan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan. 
  • Mesti mengetahui cara memainkan semua peralatan muzik Nobat.
  • Memastikan keelokan alat muzik Nobat serta pakaian rasmi pemain Nobat, serta menukarkannya apabila perlu. 
  • Bertanggungjawab menyelia dan mengetuai kumpulan Nobat tesebut secara keseluruhan.
Kalau Besar : Kalau Besar merupakan pembantu kepada penghulu. Ia juga akan mengetuai kumpulan Nobat.

Orang Nobat :
 Orang Nobat adalah pemain-pemain dalam kumpulan Nobat.

No comments:

Post a Comment