PANTANG LARANG NOBAT
Sesiapa yang melanggar pantang larang Nobat dipecayai akan menerima bala atau bencana. Antara pantang larang yang masih kuat dipegang hingga kini adalah seperti:
· Alatan muzik Nobat tidak boleh dipersendakan oleh sesiapa dan kedudukannya mestilah tetap dan tidak boleh diubah sesuka hati.
· Semasa alat muzik Nobat dibawa turun ke Balai Besar, sesiapa pun tidak dibenarkan melintas dihadapannya.
· Mahaguru merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati. Jika ada yang kurang tertib, mereka akan menerima balasannya.
· Alat-alat Nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta atau temasya lain.
Orang-orang Nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.
Orang-orang Nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.
· Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat muzik Nobat ini.
Semasa Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat ini mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
Semasa Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat ini mestilah mengikut jalannya ke tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
· Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat permukaan bawah gendang Nahara keana ia dipecayai diperbuat daripada kulit perut perempuan mengandung.
· Kedudukan alat Nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh diubah. Nahara mestilah menghadap ke arah matahari terbit.
· Semasa hendak menyalin kulit Nahara, pemain Nobat mestilah menggunakan kain selendang berwarna kuning.
· Apabila alat-alat hendak diturunkan ke tempat lain seperti Balai Besar hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului oleh Semambu atau Mahaguru, Serunai, Gendang ibu, Gendang anak, Gong, dan Nafiri.
· Semua pemain Nobat mestilah megikut keturunan dan muzik Nobat selalu diperturunkan kepada anak lelaki sahaja.
· Apabila ayah atau pemain hendak berhenti dari bemain Nobat, dia mestilah melatih anaknya dirumah terlebih dahulu dengan menggunakan alat Nobat rekaan. Setelah anaknya mahir, dia boleh menggantikan tempat ayahnya dengan syarat ayahnya mesti menyediakan Nasi Kunyit dan dikemenyankan.
· Kemudian si anak pelu memakan sekepal Nasi Kunyit sebelum mula bemain.
Semasa bermain Nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi berwarna hitam.
Semasa bermain Nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi berwarna hitam.
|
boleh dipercayai ke pentang larang ni..
ReplyDeleteBoleh
ReplyDeleteKenapa setelah jenazah dimakamkan, nobat tidak akan dimainkan untuk tempoh tertentu?
ReplyDelete