Pages

Salam Sejahtera

Blog ini adalah hasil nukilan dari pelajar-pelajar muzik SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Blog ini mengisahkan dan membincangkan mengenai salah satu muzik tradisional iaitu nobat. Ahli-ahli kami terdiri daripada Liew Siaw Wei, Mohamad Zulhilmi Bin Mohamad Nazer, Farah Che Hamri, Mohd Ashari Bin Jahani dan Muhammad Muizz Bin Mohamad Nizam.

Powerpoint Presentation Group Nobat !!!!


Nobat

Video Rakaman Di Istana Perak

Presentation Ahli Kumpulan Nobat

Friday, September 24, 2010

Sejarah

SEJARAH KEDATANGAN NOBAT


Sejarah Nobat ialah keterangan daripada sejarah Melayu. Mengikut keteangan yang dimuatkan di dalam majalah ‘Malaya In History’, keluaran Julai 1962, menyimpulkan bahawa Nobat Kedah dan Perak telah mula diketahui sejak lebih kurang empat kurun yang lalu. Di dalam sejarah Melayu 1658 diceritakan bahawa negeri Melaka ketika di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Shah 1435 juga telah menggunakan Nobat. Mengikut sejarah Melayu lagi, Nobat diperkenalkan oleh permaisuri Bentan. Baginda mengurniakan Nobat kepada raja yang mula-mula sekali membuka Singapura dan Temasik iaitu raja yang bergelar Sri Tri Buana. Sejak itu Nobat mula dimainkan. 

Walau bagaimananapun, rata-rata orang perseorangan yang ditemui, menolak perkaitan antara cerita dongeng rakyat dengan asal-usul Nobat. Ini kerana menurut mereka, cerita dongeng tidak mempunyai fakta sejarah logik yang mampu membuktikannya. Hasil dari kajian ini, didapati kemungkinan bahawa seni muzik Nobat ini dibawa oleh pedagang atau penyebar agama Islam adalah lebih tinggi berikutan fakta seperti berikut :
  • Pada zaman dahulu terdapat pedagang Arab yang datang ke rantau ini dan turut meninggalkan pengaruh kebudayaan mereka. 
  • Puak Arab yang datang ada yang berketurunan raja. Apabila mereka singgah berdagang di India, mereka telah membawa sejenis alat bunyian yang disebut sebagai Naubat di India.
  • Not-not lagu Nobat yang dipanggil “dai” ditulis dalam tulisan Jawi.
Waktu Nobat dimainkan adalah pada waktu solat seperti Maghrib, Isyak, Subuh serta hari Jumaat.

ASAL – USUL  NOBAT

Pendapat pertama    

Perkataan Nobat ini adalah berasal dari Negeri Parsi yang menggunakan perkataan "Naubat" bermakna sembilan jenis. Ianya ialah 'pancaragam' diraja yang telah dipakai dari zaman-berzaman di negeri-negeri Melayu untuk Istiadat Pertabalan Raja-raja. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak, Kedah, Terengganu dan Selangor. Nobat yang digunakan dalam Istiadat Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Nobat Negeri Perak.

Pendapat kedua

Ada pihak yang menyatakan bahawa perkataan Nobat berasal daripada bahasa Sanskrit. Perkataan asal Sanskrit tersebut ialah ‘ NAO-BAT’. Ia kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian suku kata iaitu
  1. NAU - O - NAVA’ yang membawa maksud sembilan. 
  2. BAT - O - BAH' yang membawa maksud pengabungan.        

Ada pula menyatakan bahawa nama Nobat ini sepatutnya disebut sebagai 'Naubat'. Asal perkataan ini pula didatangkan dari Parsi iaitu
  1. NAU’ yang membawa maksud sembilan.
  2. BAT’ sembilan alat.
Manakala jika dialihbahasakan kepada bahasa Hindi atau Punjabi, perkataan ‘NAU’ bemaksud sembilan. 'BAT' pula bermaksud ragam. Maka makna penuhnya ialah Ragam Sembilan Bunyian.

SEJARAH PEMBINAAN NOBAT

Balai Nobat adalah antara lokasi atau bangunan paling awal mula didirikan di Bandar Alor Setar. Bandar Alor Setar mula dibuka oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah, iaitu sultan Kedah yang ke-19. beliau mula memerintah negeri Kedah pada sekitar 1710 sehingga 1778. Balai Nobat mula dibina sejak awal kemunculan bandar tersebut. Ia merupakan sebuah bangunan yang menyimpan alat-alat muzik Nobat ketika tidak digunakan.

Antara bangunan terawal lain yang dibina bersama dengan Balai Nobat ketika itu ialah seperti Istana Kota Setar, Balai Besar, Masjid Negeri, dan Balai Nobat. Rekod gambar banggunan asas Balai Nobat ini masih tersimpan. Namun bentuknya kurang jelas dan tidak direkodkan sebarang penerangan mengenai bentuk asal bangunan ini secara terperinci.

Balai Nobat mula diubahsuai semasa pemerintahan Sultan kedah yang ke-25 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang telah menduduki takhta bermula 1854 hingga 1879. Pengubahsuaian ini telah mengubah rupa balai Nobat asal menjadi sebuah bangunan setinggi lima tingkat dan hanya terbina daripada kayu dan beratap zink.

Pada zaman pemerintahan Sultan Kedah yang ke-26 iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah semenjak tahun 1882 hingga 1943, bangunan Balai Nobat ini sekali lagi telah diperbaharui. Proses memperbaharuinya dilakukan sekitar tahun 1906. Bangunannya telah dikukuhkan lagi dengan binaan yang diperbuat daripada batu dan logam. Namun begitu bentuk asalnya masih lagi dikekalkan. Bangunan ini dibahagikan pula kepada tiga tingkat dan ciri-ciri keislaman diserlahkan melalui kubah yang terletak dibahagian kemuncaknya. 

Menurut catatan sejarah, dinyatakan bahawa Balai Nobat yang dibina dalam tahun Hijrah 1325 bersamaan tahun masihi 1970 iaitu semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebelum bangunan ini dibina, permainan Nobat dikatakan dilakukan di sebuah anjung istana lama Sultan Kedah iaitu di belakang Balai Besar yang ada sekarang. Terdapat juga ahli sejarah yang mengatakan bahawa tempat yang lebih awal menjadi pusat permainan Nobat adalah sebuah tempat kecil yang dibina di sebuah Makam Langgar.

No comments:

Post a Comment