Pages

Salam Sejahtera

Blog ini adalah hasil nukilan dari pelajar-pelajar muzik SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Blog ini mengisahkan dan membincangkan mengenai salah satu muzik tradisional iaitu nobat. Ahli-ahli kami terdiri daripada Liew Siaw Wei, Mohamad Zulhilmi Bin Mohamad Nazer, Farah Che Hamri, Mohd Ashari Bin Jahani dan Muhammad Muizz Bin Mohamad Nizam.

Powerpoint Presentation Group Nobat !!!!


Nobat

Video Rakaman Di Istana Perak

Presentation Ahli Kumpulan Nobat

Friday, September 24, 2010

Pengenalan

Muzik merupakan cabangan seni yang makin berkembang pesat dari masa ke semasa. Ia tidak hanya diperdengarkan dikalangan masyarakat kelas rendah sahaja. Sebaliknya turut berperanan dan dimainkan di istana-istana dan tempat terhormat. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara-negara nusantara malah turut meliputi negara-negara Eropah. Ini menunjukkan bahawa martabat seni muzik dan lain lain kesenian tidaklah serendah yang disangka sebilangan masyarakat.

Salah satu contoh muzik yang berperanan besar di kalangan golongan atasan, adalah seni Nobat. Di Tanah Melayu, Nobat merupakan muzik yang berfungsi besar di istana. Nobat adalah salah satu bahan kesenian melayu yang amat terpelihara sejak 400 tahun yang lalu. Nobat dikenali sebagai seni persembahan istana DiRaja Melayu khususnya di Negeri Perak, Kedah, dan Kelantan. Nobat Kedah adalah nobat yang paling lama bertapak dan kekal sehingga kini.

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja yang hanya dimainkan di istana dan pemain muziknya pula hanya boleh terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad, nobat hanya sinonim di telinga penduduk yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar, Kelang dan Kula Terengganu. Manakala masyarakat luar tidak banyak yang mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah dimainkan di istana negara sebagai pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu Nobat mula dikenali masyarakat umum. Namun seiring dengan pergerakan zaman dan peredaran masa, pertabalan ini semakin dilupakan dan ramai generasi muda yang tidak didedahkan dengan maklumat mengenai Nobat.

Nobat ini kurang didedahkan kepada masyarakat umum khususnya generasi muda. Sebagai muzik DiRaja, ia hanya dikenali di kalangan masyarakat istana sahaja. Selain daripada itu, didapati tidak banyak kajian yang pernah dibuat mengenainya. Antara lain aspek yang menarik mengenai kesenian muzik nobat ini ialah keunikan dan pantang larang dalam permainan Nobat. Selain itu, masih terdapat pertikaian mengenai asal usul kedatangan Nobat ke Tanah Melayu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Nobat dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang arab dan mubaligh islam. Manakala setengah pendapat pula menegaskan bahawa Nobat dibawa datang dari India.
           
Muzik Nobat adalah salah satu daripada cabangan kesenian yang unik dan tersendiri di rantau nusantara. Istimewanya kesenian Nobat adalah pengecualiannya daripada dimainkan kepada umum sebaliknya hanya digunakan untuk majlis-majlis tertentu istana. Antara majlis-majlis istana yang menggunakan muzik nobat sebagai penghibur utama atau pengiring majlis adalah seperti majlis perkahwinan, menyambut kelahiran baru di istana, istiadat pertabalan dan lain-lain lagi, daripada sekecil-kecil istiadat sehinggalah ke sebesar peristiwa di istana.

No comments:

Post a Comment